BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Bayi dicampak cedera di otak


BAYI perempuan yang dicampak dari tingkat empat Flat Persiaran Mayang Pasir 5, Bayan Baru di Georgetown semalam dilapor mengalami kecederaan pada otaknya.

HARIAN METRO melaporkan Ketua Polis Daerah Barat Daya Superitendan A A Anbalagan berkata, bayi malang itu turut mengalami retak pada tempurung kepala dan kecederaan di hati.

"Maklumat daripada doktor mendapati bayi berkenaan mengalami kecederaan terbabit dengan luka sepanjang dua sentimeter di kepalanya.
"Dimaklumkan bahawa bayi itu akan dirujuk kepada pakar dan masih dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP)," katanya hari ini.

Dalam kejadian pada 8 pagi semalam, bayi berkenaan ditemui penghuni flat selepas terdengar bunyi dentuman kuat di luar rumah.

Siasatan polis membawa kepada penahanan remaja perempuan itu yang juga pembantu kedai dan mengaku melahirkan bayi pada 7 pagi dalam tandas rumah tanpa pengetahuan ahli keluarganya.

Perempuan berusia 18 tahun itu didakwa membuang bayinya dari tingkat empat rumah selepas panik dan mengelak diketahui ahli keluarga.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Mei 2020 @ 4:07 PM

#HarianMetro
@infosemasaofficial

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »