BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Bas zon Kuning, Hijau boleh beroperasi


KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri telah memberikan kelulusan bagi syarikat bas untuk beroperasi semula di zon hijau dan kuning. 

Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Lee Kim Shin berkata, dengan persetujuan ini, syarikat bas boleh mula beroperasi di Miri, Sibu, Sarikei dan sekarang Kuching yang telah dikategorikan sebagai zon kuning. 

Menurutnya, ketiga-tiga syarikat bas di Miri akan beroperasi semula pada hari Isnin ini dengan mengenakan tambang tetap sebanyak RM1 setiap penumpang bagi setiap perjalanan di Bandar Miri. 

"Dalam kes Miri, Kementerian Pengangkutan, Sarawak telah memberi penerangan kepada tiga syarikat bas iaitu Miri City Bus Sdn Bhd, Miri Belait Transport Co. Bhd dan Miri Transport Co. Bhd mengenai pelaksanaan Tambang Bas Harga Tetap RM1.00 dan Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk operasi Perkhidmatan Bas Tahap.

"Mesyuarat dipengerusikan oleh saya sendiri dan dihadiri oleh pegawai-pegawai dari Kementerian saya dan anggota-anggota Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri termasuk Residen Miri, BOMBA, Jabatan Perubatan, JPJ, Polis dan Majlis Bandaraya Miri," katanya dalan sidang media hari ini.

Lee Kim Shin berkata, semua syarikat bas yang ingin meneruskan operasi di Sarawak perlu mematuhi SOP.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bomba kerana membantu melatih syarikat bas untuk membersihkan bas mereka dan Jabatan Perubatan kerana mengambil ujian swab untuk pemandu bas.

"Syarikat-syarikat bas telah dinasihatkan untuk memberi tahu Ketua Jawatankuasa Pengurusan Bencana Miri mengenai niat mereka untuk beroperasi semula.

"Proses-proses ini adalah sebahagian daripada SOP sebelum syarikat bas dapat beroperasi semula dalam keadaan covid-19 yang ada," katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »