BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Bas ekspres mula beroperasi 2 Jun

KUCHING: Perkhidmatan bas ekspres dan wilayah seluruh negeri dibenarkan beroperasi mulai 2 Jun depan.

Sehubungan itu, semua pengusaha bas ekspres disarankan membuat persiapan berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sebelum beroperasi.

Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Lee Kim Shin berkata, pihaknya mengambil keputusan tersebut selepas perbincangan dibuat bersama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) pada 18 Mei lalu.

Tegasnya, semua pengusaha bas harus melindungi semua pihak terutama pemandu dan penumpang dalam usaha mencegah penularan wabak Covid-19.

"Langkah pencegahan termasuk membersih bas, menjalani ujian swab untuk pemandu bas, menyusun semula susunan tempat duduk di dalam bas dan menyediakan peralatan lain seperti pengimbas suhu badan, pembersih tangan dan pelitup muka," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, semua individu yang ingin bergerak ke daerah lain perlu mendapatkan kelulusan polis untuk meminimumkan hubungan fizikal di antara individu dari daerah berlainan bagi memutuskan penyebaran wabak ini.

Menurutnya berkata, Kerajaan Sarawak memahami situasi yang dihadapi oleh masyarakat dan semua pemain industri termasuk pengusaha bas ekpress di negeri ini.

"Kita menghargai kerjasama semua pihak yang memahami tindakan kerajaan dalam membendung wabak Covid-19 demi keselamatan semua masyarakat," katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »