BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Bandung hantar makanan ke 13 kampung di Baram


MARUDI: Sejumlah 677 pek makanan dihantar hari ini bagi membantu penduduk di 13 kampung dan klinik sepanjang Sungai Baram yang terjejas akibat banjir.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi berkata, penerima ialah penduduk dari Rh Vincent, Rh Mugang, Rh Jipun, Rh Gerinang, Lubok Kulat, Long Maro, Benawa, Kuala Tutoh, Long Patan, Long Pahli, Long Ukok, Long Panai dan Klinik Long Panai.

Makanan berkenaan dihantar pada jam 10.30 pagi tadi menggunakan kapal bandung.

“Penghantaran Bekalan Makanan ini dijangka mengambil masa selama dua hari dan dua malam perjalanan kerana banyak persinggahan sepanjang perjalanan serta bergantung kepada keadaan cuaca dan arus sungai,” katanya.

Operasi tersebut melibatkan tiga anggota dari BBP Marudi dan agensi kerajaan dari Pejabat Daerah Marudi, RELA, APM dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Marudi.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »