BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Azam Baki angkat sumpah jawatan hari ini


KUALA LUMPUR, 5 Mei  -- Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki Mengangkat Sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara di sini. 

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut hadir menyaksikan Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia yang berlangsung di Balai Singgahsana Kecil, pada 11 pagi. 

Azam melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia sebelum menandatangani dokumen rasmi pelantikan dengan disaksikan oleh Ketua Hakim Negara Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat dan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali.
Turut hadir pada istiadat itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri  (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan.

Azam, 57, dilantik Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 9 Mac lepas bagi menggantikan Latheefa Beebi Koya, dan mendapat perkenan Al-Sultan Abdullah selaras dengan subseksyen 5(1) Akta 694.
Sebelum itu beliau menjawat jawatan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) selama empat tahun bermula 2016, selain pernah menyandang jawatan Pengarah Perisikan (2013) dan Pengarah Siasatan (2015).

-- BERNAMA

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »