BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

ATM rampas syabu bernilai RM422,000 di Jalan Tikus dekat Tebedu


KUCHING - Pasukan Rejimen ke 4 Kor Armor Diraja berjaya merampas syabu bernilai RM422,370 pagi tadi. 

Markas Divisyen Pertama Infantri dalam suatu kenyataan rasmi berkata rampasan itu dibuat di Sempadan Sarawak/ Kalimantan.

Satu pasukan beroperasi mengawal sempadan Malaysia-Kalimantan Barat telah menemui sebuah beg galas hitam sewaktu membuat rondaan keselamatan di laluan tikus berhampiran Inland Port Tebedu lebih kurang 200 meter dari sempadan.

Kumpulan anggota membuat rondaan di kawasan berkenaan pada jam 10.00 pagi dan bertindak memeriksa kandungan beg tersebut dan mendapati 5 bungkusan yang dibalut dengan pita pelekat dan plastik. 

Setelah diperiksa kandungan bungkusan tersebut adalah ketulan kecil berupa serbuk Kristal yang disyaki dadah jenis Syabu. 

Setiap bungkusan dianggarkan seberat 1.1kg dan bernilai RM 422,370.00 bagi kelima-lima bungkusan tersebut.

 Pasukan seterusnya membawa beg galas tersebut ke Balai Polis Tebedu untuk laporan dan tindakan lanjut.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »