BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Asap keluar dari kabin, pesawat patah balik


MIRI: Seramai 29 penumpang yang menaiki pesawat ATR MAS Wing cemas apabila asap keluar dari kabin pesawat yang melakukan penerbangan dari Miri ke Labuan petang tadi.

Pesawat yang berangkat dari Miri ke Labuan pada jam 4.05 petang tersebut berpatah balik dan selamat mendarat di lapangan terbang Miri pada jam 4.24 petang.

Apabila mendarat, pihak pengurusan Airport telah mengesahkan tiada apa2 kebakaran berlaku tetapi penerbangan kapal terbang tersebut telah dibatalkan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak berkata, semua penumpang berada dalam keadaan selamat.

Menurutnya, pihak Bomba cuma mendapatkan maklumat dari pihak Bomba Airport kerana pihak Bomba tidak dibenarkan masuk.

"BBP Miri bersama jentera Scania dan tujuh anggta diketuai oleh PBK II Abg Mohd Fhazil dikejarkan ke tempat kejadian," katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »