BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Apa motif Wong dan Johnicol bantah pembinaan jalan utama kedua...



KUCHING: Apa motif dan agenda sebenar Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB) Datuk Seri
Wong Soon Koh dan Naib Presiden PSB, Dr Johnical Rayong Ngipa yang membantah
pembinaan jalan utama kedua?.

Itu persoalan yang dilontarkan Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Sadong Jaya,Aidel Lariwoo terhadap reaksi kedua-dua pemimpin PSB terbabit.

Menurutnya, pembinaan jalan utama kedua itu adalah usaha gigih Allahyarham Tan Sri Adenan Satem, dilaksana Ketua Menteri,Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan disokong penuh wakil rakyat kawasan pesisir.

"Malah, Wong Soon Koh sendiri sebenarnya terlibat dalam perancangan pembinaan jalan utama kedua ketika beliau masih menjadi Menteri Kewangan Kedua dahulu.

"Saya merasa terkejut dengan kenyataan Wong Soon Koh dan Johnicol Rayong yanf membantah pembinaan jalan utama kedua ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,perlaksanaan jalan itu sebenarnya  ditunggu- tunggu oleh kesemua penduduk di kawasan pesisir dari Sematan hinggalah ke Mukah dan terus ke Miri

"Inilah harapan penduduk pesisir untuk menyaksikan pembinaaan jalan utama kedua ini bukan sahaja dari segi mobiliti malahan dari segi peluang-peluang ekonomi baru,"ujarnya.

Aidel kesal dengan kenyataan tidak bertanggungjawab yang dikeluarkan pemimpin parti PSB itu.
Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »