BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Anjing selamatkan tuan dari ular tedung

KUCHING, 14 Mei: Salakan anjing menyelamatkan satu keluarga dari patukan seekor ular tedung sepanjang tiga kaki panjang yang memasuki perkarangan rumah mereka di BDC Stampin, di sini, semalam.

Mengikut ahli keluarga itu, Francesca Enchang, 31, ular terbabit dipercayai dari semak parit besar berhampiran memasuki rumah bagi memakan burung kakak tua dipelihara mereka dalam sangkar tetapi kehadirannya disedari tiga anjing peliharaan mereka yang menyalak kuat bagi menyedarkan keluarganya.

"Kejadian itu berlaku kira-kira jam 11 malam tadi. Bapa saya kemudian telah membunuh ular terbabit mengunakan sebilah parang," katanya.
Francesca berkata ular terbabit bagaimanapun sempat menyembur racun dari taringnya ke mata salah seekor anjing peliharaan mereka sebelum dibunuh dan disedarinya kerana anjing itu yang kelihatan kesakitan dan matanya amat berair.

"Saya pun menyiramkan air pada mata ketiga anjing peliharaan kami semalam. Pagi ini seekor dari tiga anjing itu yang dinamakan Q telah mengalami masalah mata yang bengkak," katanya.

Keluarganya kemudian membawa haiwan terbabit ke klinik haiwan pagi ini kerana bimbang anjing itu menjadi buta.

"Doktor haiwan di klinik itu memberitahu mata anjing itu bengkak kerana reaksi terhadap racun ular terbabit sahaja kerana saya sudah mencuci matanya dari racun ular semalam," katanya dan akan membelikan ayam goreng dari restoran terkemuka bagi membalas jasa haiwan itu.



Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »