BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Anggota Bomba harungi sungai deras dua hari untuk hantar makanan

MARUDI: Perjalanan jauh selama dua hari melalui sungai deras dan berbahaya tidak melemahkan semangat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi menghantar bekalan makanan kepada mangsa banjir di Baram.

Semalam BBP Marudi berjaya menamatkan operasi penghantaran 677 pek makanan kepada 12 rumah panjang dan kampung dan sebuah klinik di Long Panai.

Jurucakap BBP Marudi berkata, misi menggunakan kapal bandung itu bermula pada 6 Mei dan berakhir malam tadi.

“Kami mengambil masa yang lama kerana banyak tempat persinggahan selain sungai deras yang agak berbahaya. Anggota bermalam di Sekolah Kebangsaan Kuala Tutoh sebelum meneruskan misi pada keesokkan hari.” katanya dalam kenyataan hari ini.
Misi tersebut disertai tiga anggota bomba dan enam pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela),Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM).
Penerima ialah penduduk dari Rh Vincent, Rh Mugang, Rh Jipun, Rh Gerinang, Lubok Kulat, Long Maro, Benawa, Kuala Tutoh, Long Patan, Long Pahli, Long Ukok, Long Panai dan Klinik Long Panai.

Gambar BBP Marudi

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »