BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Ahli perniagaan miliki 2.8 kilogram dadah

MIRI: Ahli perniagaan diberkas memiliki dadah methamphetamine dan ketamine seberat 2.8 kilogram yang dianggarkan bernilai RM116, 000.

Tangkapan ke atas lelaki berusia 26 tahun itu dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Miri dalam serbuan kediamannya di Taman Jelita, Jalan Persiaran, di sini, jam 1.30 tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata,dalam serbuan itu pihaknya merampas satu kotak warna coklat yang sedang dalam genggaman suspek. 

"Pemeriksaan lanjut ke atas kotak terbabit menemukan dua kilo dadah jenis methamphetamine dan 800 gram ketamine yang diletakkan dalam dua termos air panas berwarna merah yang setiap satunya mengandungi plastik lutsinar berisi ketulan kristal dipercayai dadah jenis syabu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,turut dijumpai dalam kotak berkenaan dua lagi plastik lutsinar dipercayai mengandungi dadah jenis ketamine. 

"Pemeriksaan lanjut yang yang dijalankan ke atas bilik tidur suspek di tingkat atas turut menemui satu alat penimbang digital dan plastik lutsinar pelbagai saiz dipercayai digunakan suspek bagi menimbang serta membungkus bahan terlarang itu,"ujarnya.

Beliau berkata, suspek turut mempunyai empat rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

"Ujian saringan air kencing yang dijalankan turut mengesahkan suspek positif dadah jenis ketamin, kesemua
 dadah yang dirampas dibawa ke balai polis sebagai bahan bukti kes.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15 (1) (a).

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »