BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Ahli Parlimen Sarikei masih dirawat

KUCHING: Ahli Parlimen Sarikei, Wong Ling Biu masih di rawat di Hospital Sibu sebagai orang di bawah siasatan (PUI) bagi COVID-19.

Bagaimanapun Wong yang juga Ahli Parlimen dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) dalam keadaan stabil. 

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak, Dr Chin Zin Hong berkata, Wong kini masih perlu menjalani pemulihan di hospital.

"Dia masih di hospital dan dalam keadaan stabil," katanya pada sidang media harian COVID-19 hari ini.

Menurut laporan Bernama pada 14 Mac, Wong, yang masih ditahan di hospital, dikatakan telah menghadiri beberapa mesyuarat politik di Kuala Lumpur sejak 29 Februari susulan kemelut politik yang menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan tumbang.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »