BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Agong adakan mesyuarat Pra-Kabinet bersama PM Muhyiddin menerusi sidang video


KUALA LUMPUR, 20 Mei -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pagi ini mengadakan mesyuarat mingguan Pra-Kabinet bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi sidang video di Istana Negara.

Mesyuarat itu diadakan menerusi sidang video berikutan negara sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membendung pandemik COVID-19.

Sidang video bersama Perdana Menteri, yang bermula pada 8.30 pagi berlangsung selama 45 minit.  

Sedutan sidang video itu turut dimuat naik dalam laman Instagram Istana Negara.

Menurut Istana Negara dalam catatannya, pada akhir sesi itu, Seri Paduka menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri serta Maaf Zahir Batin kepada Perdana Menteri dan keluarga serta Jemaah Menteri dan anggota pentadbiran kerajaan. 

Dalam ucapan balasnya, Muhyiddin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta seluruh Kerabat Diraja.

-- BERNAMA

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »