BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

9 ditangkap ketika sedang berhibur

BINTULU: Bunyi bising daripada salah sebuah pusat hiburan di sini, membawa penangkapan sembilan warga tempatan yang sedang berhibur tengah malam tadi.

Ketika serbuan dilakukan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bintulu yang menjalankan pemantauan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat(PKPB) kesemua individu terbabit yang berusia antara 19 dan 68 tahun sedang menikmati minuman keras.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Zulkipli Suhaili berkata,pihak polis terpaksa mengetuk pintu pusat hiburan itu beberapa kali sebelum dibuka seorang lelaki.

"Ketika pemeriksaan enam lelaki sedang duduk sambil minum minuma keras keras di salah sebuah meja pusat hiburan ini,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,pemeriksaan lanjut turut menemui tiga lagi wanita yang cuba bersembunyi di bahagian dapur.

 "Kesemua suspek termasuk penjaga premis kemudiannya dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah(JSJ),Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu untuk siasatan lanjut,"ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 5(2) Ordinan Hiburan 2001 dan di bawah Peraturan 3 Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 dan seksyen 269 Kanun Keseksaan. 

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »