BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

8 jam perjalanan pantau banjir di Ulu Belaga


BINTULU: Pihak Bomba mengambil masa selama lapan jam perjalanan bagi melakukan pemantauan kawasan terjejas akibat banjir di kawasan Ulu Belaga, di sini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata,
untuk pergi ke Long Tanyit dan Long Kajang dari Pos Kawalan Bomba di Sungai Asap adalah sejauh 195 kilometer dengan melalui jalan balak dan sungai.

"Untuk ke Long Kajang menggunakan
 bot kecil melalui Sungai Linau dari Long Tanyit memakan masa satu  jam. 

"Banjir di Long Kajang pada pagi ini telah kembali dalam keadaan normal dan selamat,tetapi akibat dari banjir tersebut tapat struktur tiang telah terjejas,"katanya di sini hari ini.

Katanya,kejadian itu tiada melibatkan kehilangan nyawa dan dalam keadaan selamat, selain cuaca adalah cerah di lokasi.

"Mangsa terdiri daripada 67 orang lelaki dan 77 orang perempuan,"ujarnya.

Katanya,banjir di Long Tanyit telah kembali dalam keadaan normal dan selamat.

"Akibat dari banjir telah berlaku tanah runtuh di kawasan tersebut, namun tiada melibatkan kehilangan nyawa, jumlah mangsa yang terlibat ialah seramai 137 orang lelaki dan 130 orang perempuan," jelasnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »