BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

6,909 mohon pergerakan antara daerah

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menerima sebanyak 6,909 jumlah permohonan pergerakan antara 
Daerah pada hari ini.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi JPBNS Datuk Douglas Uggah berkata, permohonan yang diterima dari 28 Ibu Pejabat Daerah PDRM seluruh 
Sarawak sekali gus menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 22,048 permohonan. 

"Daripada jumlah kumulatif tersebut, sebanyak 20,998 telah diluluskan dan 
1,050 ditolak," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 2,332 lokasi pemantauan hari ini telah dilakukan 
seperti Pasaraya / Restoran / Kilang (1,815), Pasar Awam / Tani (381), 
Tempat Ibadah (75), Tempat Riadah (38) dan Tapak Pembinaan (23).

Menurutnya, hasil pemantauan mendapati orang ramai yang keluar untuk urusan 
seharian mematuhi arahan amalan penjarakan sosial dan memakai penutup hidung dan mulut.

"Pasaraya, restoran dan bank adalah antara premis yang 
banyak dikunjungi.

"Pasukan pemantau sentiasa memberikan nasihat kepada orang awam dan 
pemilik premis perniagaan agar sentiasa mematuhi syarat-syarat PKPB 
sebagai langkah pencegahan penularan wabak COVID-19," katanya.

Beliau berkata, sebanyak 26,603 pemberitahuan sektor ekonomi yang 
telah dibuka diterima sehingga hari ini. 

Katanya, daripada jumlah tersebut, 19,103 adalah melalui atas 
talian dan 7,500 melalui email.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »