BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

6,692 permohonan pergerakan antara daerah

KUCHING: Sebanyak 6,692 permohonan pergerakan antara daerah diterima di 28 buah Ibu Pejabat Daerah PDRM seluruh Sarawak hari ini.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif permohonan pergerakan antara daerah 43,572.

"Daripada jumlah kumulatif itu, sebanyak 40,326 telah diluluskan dan 3,246 lagi ditolak," katanya pada sidang media harian COVID-19 hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, Sarawak masih tetap tidak membenarkan rentas daerah.

Beliau berkata, sebanyak 1,920 lokasi dipantau melibatkan pasar raya (305), restoran (298), kilang (43), bank (186), pejabat kerajaan (88), penjaja (22), pasar tani / awam (208), tempat ibadah (115), tempat riadah (52), tapak pembinaan (16) dan lain-lain (587).

Menurutnya, sebanyak 29,584 pemberitahuan sektor ekonomi yang telah dibuka diterima. 

“Daripada jumlah tersebut, 21,514 adalah melalui dalam talian dan 8,070 melalui email,” katanya.

Beliau menambah, Sarawak telah menyelaras kepulangan pelajar yang balik dari Semenanjung, Sabah dan Labuan yang seramai 8,116 orang.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »