BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

58 pemilik tanah terima pampasan berjumlah RM 6 juta

KOTA SAMARAHAN: Seramai 58 pemilik tanah yang terlibat dalam Projek Pembesaran Kampung Sambir menerima pampasan masing-masing dengan jumlah keseluruhan hampir RM 6 juta hari ini.

Ia adalah bagi menyediakan lot-lot kediaman dengan kemudahan asas seperti rangkaian jalan, sistem perparitan, bekalan air dan bekalan elektrik bagi menampung pertambahan penduduk.

Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Asajaya,Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata,pembayaran pampasan tanah penduduk di Kampung Sambir itu membuktikan Kerajaan Sarawak sentiasa berniat baik terhadap rakyat tempatan dan prihatin terhadap hak-hak mereka terutama dalam perlaksanaan projek pembangunan demi kebaikan masyarakat. 

"Kerajaan juga bersifat adil dan munasabah dalam membayar pampasan apabila pengambilan balik tanah dilakukan.

"Ini selaras dengan peruntukan sedia ada dalam Kanun Tanah Negeri (Bab 81) dan Perkara Perlembagaan Persekutuan,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyampaian Cek di Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Bahagian Samarahan, hari ini.

Sebanyak 67 cek akan diserahkan dengan seramai 15 penerima cek pampasan tersebut telah hadir di Pejabat Jabatan Tanah dan Survei, Bahagian Samarahan manakala selebihnya akan mengambilnya secara peribadi di lain hari.

Abdul Karim turut menasihatkan penerima pampasan agar sentiasa berjimat cermat dan bijaksana dalam mengurus rezeki yang diterima dari pihak kerajaan.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »