BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

54 ditangkap di kelab malam

KUCHING: Polis menahan 54 inidvidu melepaskan gian berhibur di pusat hibran masing-masing di Kuching dan Miri maalam semalam.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Datuk Douglas Embas berkata, sepasukan polis dari IPK Sarawak telah menjalankan pemeriksaan di Harbour Music Cafe & KTV di Green Heights, Kuching pada jam 9 malam.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan, seramai 32 orang yang sedang berhibur dalam 
kelab malam tersebut telah ditangkap. 

"Seramai 19 lelaki warganegara Malaysia, 2 lelaki warganegara Filipina, 8 wanita warganegara China dan 3 wanita warganegara Vietnam dithan," katanya pada sidang media hari ini.

Beliau berkata, sepasukan polis dari IPD Miri juga telah menjalankan pemeriksaan di Lot 9 Karaoke Pub & Lounge di Jalan Kubu, Miri pada jam 11 malam.

Menurutnya, hasil pemeriksaan, seramai 22 orang yang sedang berhibur dalam 
kelab malam tersebut telah ditangkap. 

"Hasil 15 lelaki warganegara Malaysia, 4 wanita warganegara Malaysia dan 3 wanita warganegara China," katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »