BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

35 premis perniagaan diperiksa di Bau




BAU: Sebanyak 35 premis perniagaan diperiksa dalam Operasi Pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sekitar pasar Bau semalam.

Seramai 37 anggota dari PDRM, ATM, Pegawai Majlis Daerah Bau,  Angkatan Pertahanan Awam dan RELA menyertai operasi tersebut.

Operasi di bawah TaskForce PKPB adalah pemantauan dan pematuhan SOP ke atas premis-premis perniagaan dan makanan yang hanya dibenarkan untuk beroperasi sepanjang tempoh PKPB.

Ketua Polis Derah Bau  DSP Poge Nyaon berkata, pemeriksaan dan pemantauan melibatkan Kedai Makan/Minum, Kedai Runcit dan Lain-lain Kedai di Pekan Bau

Beliau berkata, sepanjang operasi peniaga dinasihatkan mengamalkan tahap kebersihan yang optimum pada setiap masa dan mengamalkan jarak sosial selamat.

Menurutnya, para pekerja dinasihatkan untuk memakai face mask dan setiap premis mesti menyediakan hand sanitizer untuk pelanggan.

"Seain itu, anggota mengarahkan setiap premis untuk menunjukkan surat makluman yang telah dikemukakan ke Jawatankuasa Bencana Bahagian/telah dikemukakan ke jawatankuasa Bencana Daerah yang beralamat di majlis Daerah Bau ataupun kebenaran pengoperasian daripada Ministry Of Local Government and Housing Sarawak (MLGHS)," katanya dalam kenyataan.
Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »