BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

30 minit perhati sebelum tangkap

MIRI: Pasukan Polis Marin(PPM) Wilayah 5 Sarawak merampas lori dan minyak diesel dianggarkan bernilai RM 42,653.35 dalam Op Benteng COVID-19 kerana membawa minyak seludup di Jalan Mawar, Pekan Bekenu, di sini, semalam.

Seorang lelaki warga tempatan berusia 62 tahun turut ditangkap dalam operasi jam 12.30 tengah hari itu.

Komander PPM Wilayah 5 Sarawak,ACP Shamsol Kassim berkata,bertindak atas maklumat, pihaknya membuat pemerhatian lebih kurang setengah jam dengan menahan dan memeriksa sebuah lori satu tan di lokasi tersebut.

"Hasil pemeriksaan mendapati lori berkenaan membawa muatan lapan tong drum warna merah berisi minyak diesel lebih kurang 1609.557 liter yang dimuatkan di ruang belakang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, pemandu gagal mengemukakan
sebarang bukti berdokumen kebenaran membawa minyak berkenaan.

"Pemandu dan lori ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961(KPDNHEP)(memiliki barang kawalan berjadual tanpa kebenaran).

 "Suspek serta kenderaan dan minyak diesel tersebut dibawa balik ke Markas Tektikal PPM Wilayah 5 Miri,"ujarnya.

Katanya, kes akan diserahkan kepada pihak KPDNHEP untuk tindakan lanjut.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »