BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

3 lelaki ditangkap curi 8 kambing



KEPALA BATAS, 2 Mei (Bernama) -- Polis menahan tiga lelaki termasuk warga emas bagi membantu siasatan berhubung kejadian mencuri lapan ekor kambing bernilai RM8,000 di sebuah kandang di Tasek Gelugor, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata tiga lelaki berusia 25, 54 dan 62 tahun itu ditahan di sekitar pukul 3 hingga 5 petang dalam serbuan di beberapa lokasi sekitar Kepala Batas dan Tasek Gelugor. 

"Pemilik kandang kambing itu menyedari lapan ekor haiwan ternakannya hilang selepas lelaki berusia 23 tahun tersebut mendapati pagar rumah serta kandang kambingnya terbuka dan semakan kamera litar tertutup (CCTV) terdapat tiga lelaki telah mencuri kambingnya.

"Mereka memasukkan semua lapan ekor kambing itu ke dalam bonet sebuah kereta dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam Rabu sebelum tiga lelaki berkenaan meninggalkan kawasan tersebut dengan kenderaan sama," katanya.

Katanya, siasatan awal mendapati mereka menjual lapan ekor kambing itu di sebuah pasar di Sungai Petani, Kedah manakala kenderaan yang digunakan dalam kejadian curi telah ditinggalkan di sebuah kampung di Baling, Kedah.

Beliau berkata tiga suspek yang mempunyai beberapa rekod lampau itu direman bagi membantu siasatan kes curi serta ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

-- BERNAMA 

 



Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »