BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

17 individu degil ditangkap hari ini

KUCHING: Polis menangkap 17 individu degil kerana ingkar melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hari ini.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Datuk Amar Douglas Uggah berkata, seramai 19 orang awam telah dikompaun kerana cuba merentas Daerah tanpa permit Polis.

"Ini menjadikan sebanyak 147 orang telah dikompaun sejak 19 Mei yang lepas," katanya pada sidang media hari ini.

Uggah berkata, sebanyak 5,598 jumlah permohonan pergerakan antara 
Daerah telah diterima oleh 28 buah Ibu Pejabat Daerah PDRM seluruh 
Sarawak pada hari ini.

Menurutnya, ia menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 88,359 permohonan. 

"Daripada jumlah kumulatif tersebut, sebanyak 80,461 telah diluluskan, dan 7,896 ditolak," katanya.

Beliau berkata, Pasukan Pemantauan PKPB dengan kekuatan 799 anggota telah 
membuat pemantauan di seluruh Sarawak iaitu PDRM (345), ATM (44), RELA 
(202), APM (94), PBT (94), KKM (2), KPDNHEP (7) dan lain-lain agensi (11).

Katanya, pasukan pematuhan telah memantau sebanyak 1,898 lokasi iaitu Pasaraya (252), Restoran (339), Kilang (28), Bank (177), Pejabat Kerajaan (88), 
Penjaja (20), Pasar Tani / Awam (108), Tempat Ibadah (98), Tempat Riadah 
(55), Tapak Pembinaan (16) dan lain-lain (717).

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »