BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

13 tahi judi dicekup

MIRI: Degil. Seramai 13 kaki judi termasuk wanita dicekup ketika berjudi di sebuah pusat hiburan di Marina Square Miri malam semalam.

Ketika serbuan dilakukan kira-kira jam 9.30 malam, ke semua suspek sedang leka bermain judi jenis Pai Kaw.

Kes juga disiasat mengikut Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020. 

Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah dalam kenyataan berkata, premis hiburan karaoke tersebut tidak beroperas ketika serbuan dilakukan.

Menurutnya, semua suspek ditahan reman hari ini untuk tindakan lanjut.

Katanya, antara yang dirampas adalah pelbagai peralatan judi, meja, kerusi dan wang tunai.

“Mereka bermain judi tanpa memikirkan bahaya penularan Covid-19,” katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »