BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

101 projek bernilai RM16 bilion diteruskan

KUCHING, 6 Mei (Bernama) -- Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak telah mengenal pasti 101 buah projek, yang keseluruhannya bernilai lebih RM16 bilion untuk dilaksanakan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini.

Pengerusi jawatankuasa itu Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini berkata, daripada jumlah keseluruhan itu, 42 projek bernilai RM16.6 bilion merupakan projek di bawah peruntukan Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan, Projek Rakyat dan Tabung Alternatif.

“Projek-projek ini telah dikenal pasti melalui proses penelitian dan tapisan oleh Jawatankuasa Petugas Projek di Zon Hijau, yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak (Datuk Amar Jaul Samion),” katanya dalam satu sidang media di sini.

Menurutnya terdapat 59 lagi projek tranformasi luar bandar (RTP) bernilai RM22.8 juta, turut dikenal pasti untuk terus dilaksanakan pada tempoh PKPB ini, di mana salah satu syarat pelaksanaannya adalah projek-projek berkenaan terletak di kawasan zon hijau di negeri ini.

Setakat hari ini, sebanyak 28 daripada 40 daerah di negeri ini, berada di bawah zon berkenaan.
 
Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri I Sarawak berkata, selain berada di dalam zon hijau, JPBN turut mengenakan syarat yang antara lainnya melibatkan tiada pergerakan masuk tenaga kerja, bahan-bahan binaan dan mesin atau peralatan dari luar kawasan zon hijau.

Syarat lain, pekerja-pekerja merupakan orang tempatan; hanya melibatkan projek berkemajuan fizikal 90 peratus ke atas; kerja-kerja penyelenggaraan; dan kerja-kerja yang jika tidak disempurnakan, boleh mendatangkan bahaya.

Selain syarat-syarat ini, projek-projek di bawah RTP pula, perlu memenuhi kriteria tambahan seperti projek sudah bermula sebelum 18 Mac lepas dan projek yang menggunakan kaedah gotong-royong, hanya membabitkan masyarakat setempat sahaja.

Katanya, kontraktor-kontraktor yang terbabit dalam projek-projek tersenarai, adalah diwajibkan untuk mengemukakan pelan kesihatan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak secara bertulis.
-- BERNAMA

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »