BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

1 kematian COVID-19, 37 kes baharu, pulih 31 dan - KP Kesihatan


PUTRAJAYA, 19 Mei -- Terdapat 37 lagi kes baharu positif COVID-19 yang dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 6,978 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,218 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

"Ingin dimaklumkan daripada 37 kes baharu yang dilaporkan, dua (2) kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, manakala 35 kes adalah penularan tempatan di mana 22 kes adalah bukan warganegara Malaysia," katanya dalam sidang media harian di sini, hari ini.

Selain itu, sebanyak 31 kes pulih sepenuhnya daripada COVID-19 dan discaj daripada wad direkodkan hari ini, sekali gus menjadikan jumlah kes pulih daripada wabak itu kini mencapai angka 80.9 peratus, daripada jumlah keseluruhan kes.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj dari wad adalah sebanyak 5,646 kes.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan satu lagi kes kematian berkaitan COVID-19, menjadikan kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 114 kes atau 1.63 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

-- BERNAMA

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »