BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Zon merah kekal 26 daerah

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Zon merah COVID-19 kekal 26 daerah dengan Seremban merekodkan peningkatan mendadak sebanyak 41 jumlah kes positif, menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM). 

Berdasarkan infografik CPRC KKM yang dikongsikan melalui media sosial rasmi KKM hari ini, daerah berkenaan merekodkan 260 kes setakat 12 tengah hari semalam, berbanding 219 kes sehari sebelum itu. 

Selain itu, daerah Hulu Langat turut mencatatkan tambahan kes positif iaitu 419 kes berbanding 388 kes, manakala kawasan Lembah Pantai meningkat daripada 496 kes kepada 515 kes.

Negeri Selangor masih mencatatkan bilangan kes positif COVID-19 tertinggi iaitu 1,249 kes manakala kes terendah dengan masing-masing merekodkan satu kes di sembilan daerah iaitu Baling, Padang Terap, Bandar Bahru dan Sik di Kedah; Raub di Pahang; serta Sri Aman, Matu, Mukah, dan Lawas di Sarawak.
Zon merah mewakili jumlah positif COVID-19 melebihi 41 kes, zon jingga (20-40 kes), zon kuning (1-19 kes) dan zon hijau tiada kes.

Antara kawasan yang menghampiri zon merah adalah Muar (40 kes) dan Kulai (37 kes) di Johor, Dungun di Terengganu (37 kes), Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang (38 kes), Kota Kinabalu dan Lahad Datu di Sabah (39 kes). 
 
Berikut adalah senarai lokasi zon merah lain di seluruh negara: 
 
Perak KES
Hilir Perak 65
Kinta 93
   
Selangor  
Sepang 66
Petaling 346
Hulu Langat 419
Gombak 133
Klang 164
Hulu Selangor 45
   
Kuala Lumpur  
Cheras 73
Kepong 126
Lembah Pantai 515
Titiwangsa 116
   
Putrajaya 54
   
Negeri Sembilan  
Seremban 260
Rembau 53
   
Melaka  
Jasin 68
Melaka Tengah 48
   
Pahang  
Kuantan 80
Jerantut 70
   
Johor  
Batu Pahat 51
Kluang 201
Johor Bharu 183
   
Kelantan  
Kota Bharu 90
   
Sarawak  
Kuching 227
Kota Samarahan 49
   
Sabah  
Tawau 71
   
JUMLAH 3,666
 
-- Bernama

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »