BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Zakat kekal RM7, boleh bayar online


KUCHING:  Kadar bayaran zakat fitrah bagi umat Islam di negeri ini pada tahun ini kekal RM7.

Tabung Baitulmal Sarawak dalam kenyataan berkata, seramai 779 orang Amil Zakat Fitrah masih sah tempoh  pelantikan.

Menurutnya, ia tertakluk kepada perkembangan PKP, perkhidmatan akan disesuaikan mengikut kewajarannya nanti.

"Para Amil Zakat Fitrah adalah diminta untuk melaksanakan tugas mereka 
dirumah. Tertakluk kepada perkembangan PKP, mungkin akan disesuaikan ke 
lokasi Masjid/Surau," katanya.

Beliau menambah, pihaknya juga menyediakan pembayaran fitrah secara online. 

Katanya, pembayar boleh membayar melalui Portal Pelanggan TBS (Baitulmal Kamek), MyEG, MaybankU2 dan Snap N Pay.

Menurutnya, semua pembukaan kaunter di mall, agensi atau pembukaan kaunter ditempat kunjungan awam adalah tertakluk kepada permohonan.

Bagaimanapun katanya, sekiranya masih dalam PKP, kemungkinan tidak ada perkhidmatan tersebut.

Katanya, semua Amil Zakat Fitrah akan dibekal dengan kit Zakat Fitrah dengan tambahan bahan kesihatan awam seperti mask, hand sanitizer dan sebagainya jika masih dalam tempoh PKP dan selepasnya.

Sebarang pertanyaan atau pencerahan berhubung dengan perlaksanaan Zakat Fitrah ini, sila email ke admin@tbs.org.my atau FB Tabung Baitulmal Sarawak ataupun pegawai seperti penama berikut:

1. Encik Ahmad Termizi Bin Saini. (Ibu Pejabat TBS No. Hp 013-8135152)
2. Puan Norzahan Binti Bahani. (Pejabat Cawangan TBS Samarahan No. Hp 011-26192144)
3. Encik Shamsul Bahri Bin Manap. (Pejabat Cawangan TBS Sri Aman No. Hp 013-8195317)
4. Encik Ali Bin Mat. (Pejabat Cawangan TBS Sarikei/Sibu No. Hp 016-8985223)
5. Encik Osman Bin Immun. (Pejabat Cawangan TBS Mukah No. Hp 010-7806422)
6. Encik Zaini Bin Ramli. (Pejabat Cawangan TBS Bintulu No. Hp 011-16065386)

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »