BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

YAYASAN OBYU Sumbang RM1 juta Bantu Sarawak Kekang COVID-19


KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri terus menerima sumbangan dari badan korporat dalam memerangi pandemik Covid-19.

Hari ini Jawatankuasa itu telah menerima sejumlah RM1 juta daripada Yayasan OBYU.

Cek sumbangan diserahkan wakilnya Dr Haironi Yusoff kepada pengerusi jawatankuasa, Datuk Amar Douglas Uggah. 

OBYU menerusi kenyataannya mengatakan pihak mereka komited bersama mengekang penularan Covid-19 di Sarawak.

"Selaras dengan salah satu objektif kami iaitu untuk memberi sokongan sosial dalam masyarakat, kami memperluaskan tanggungjawab korporat untuk membantu kerajaan negeri memastikan usaha terbaik kepada rakyat Sarawak," katanya. 

Selain itu, Asaljuru Weida Sdn Bhd turut menyampaikan sumbangan mereka sebanyak RM106,725 untuk pembelian peralatan perubatan untuk Hospital Umum Sarawak.

Dua hari yang lalu, Press Metal Bintulu Sdn Bhd turut menyumbang RM200,000 kepada jawatankuasa tersebut. 



Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »