BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Warga emas hilang ketika jala udang di sungai Loba Rambungan

KUCHING:Seorang lelaki warga emas hilang ketika menjala udang di sungai Loba Rambungan, Telaga Air, di sini, petang semalam.

Mangsa, Mohamed Ehwan @ 
Ikhwan Mohamed, 64, keluar menjala di sungai berkenaan pada jam 3 petang.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kes itu pada jam 11.30 pagi ini.

"Kali terakhir mangsa dilihat menggunakan pakaian berwarna kuning dan bertopi hijau," katanya di sini hari ini.

Katanya, risau akan keselamatan adiknya yang belum balik walaupun hari sudah petang, abang mangsa membuat
laporan polis pada jam 6 petang semalam.
 
"Hanya peralatan menjala mangsa di jumpai di tempat kejadian," ujarnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »