BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Waktu PKP pun sempat mencuri

SARIKEI: SATU kejadian pecah rumah telah berlaku malam semalam apabila pemilik baru menyedari kejadian tersebut petang ini tadi setelah membuka stor simpanan barang.

Kejadian yang berlaku di Jalan Cempaka, Kampung Seberang Sarikei tersebut dimana pemilik telah kehilangan barang-barang peralatan untuk berniaga. 

Menurut beliau, pada petang sebelumnya telah menyuruh anaknya untuk memeriksa rumah tersebut namun setelah diperiksa petang ini tadi didapati bilik stor yang terletak dibawah rumah telah diselongkar.

Difahamkan pencuri telah memecah masuk melalui pintu depan bilik stor yang terletak di bawah rumah pemilik tersebut. 

Beberapa barangan seperti set buffet untuk berniaga dan set port untuk air panas juga barangan lain turut hilang dikebas pencuri.

Namun tindakan pantas pihak polis telah menahan individu yang disyaki beserta barang pemilik juga turut ditemui.

Menurut pemilik, kes tersebut masih dalam siasatan pihak polis untuk tindakan lanjut.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »