BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Wajib kuarantin sebelum pulang ke rumah


KUCHING - Semua rakyat Sarawak yang balik dari Semenanjung, Sabah dan Labuan akan dikuarantin selama 14 hari di mana mereka tiba (destinasi terakhir) iaitu Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, mereka akan diambil sampel (PCR Swab) pada hari ke tujuh dan sekiranya keputusan adalah negatif, akan dibenarkan pulang dan menyambung semula kuarantin di rumah sampai habis 14 hari

"Ia susulan terdapat kes positif di kalangan rakyat Malaysia yang pulang dari Indonesia melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Terdapat kes positif dari Kuching dan Miri yang baharu balik dari luar negara dan Kuala Lumpur," katanya pada sidang media di Wisma Bapa Malaysia, hari ini.

Beliau yang juga pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Prosedur Operasi Standard (SOP) itu bagi memastikan tidak berlaku penyebaran Covid-19.

"Bayangkan kalau mereka tidak dikuarantin atau biar seorang daripada mereka tidak dikuarantin.

"Sekiranya seseorang itu positif maka dia boleh menjangkiti orang lain," katanya.

Uggah berkata berkuat kuasa serta merta, semua penumpang domestik (dalam Sarawak) dikehendaki untuk mengisi borang e-Health Declaration yang disediakan dalam laman web http://sdmc.sarawak.gov.my.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »