BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Usaha lakukan nyah kuman diperlekeh?


KUCHING:Masyarakat diminta tidak memperlekehkan usaha pihak berkuasa melakukan semburan nyah kuman di tempat-tempat awam di negeri ini dalam
usaha membendung penularan wabak COVID-19 pada masa ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak, Khirudin Drahman berkata,terdapat tanggapan negatif yang dilemparkan masyarakat di media-media sosial sejak semburan nyah kuman dilaksanakan pada masa sekarang.

"Semburan nyah kuman di tempat-tempat yang dilakukan adalah atas arahan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri(JPBN).

"Ini menunjukkan Kerajaan Sarawak serius dalam usaha menangani penularan wabak COVID-19 yang menimbul kebimbangan dunia," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas operasi Nyah Kuman di Masjid Bahagian Kuching yang dilakukan pihak Bomba bersama Dewan Bandaraya Kuching Utara(DBKU) dan Pejabat Kesihatan hari ini.

Khirudin berkata,kehadiran Ketua Menteri,Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam operasi nyah kuman itu turut memberi sokongan moral dan suntikan semangat kepada pihak berkuasa.

"Kepada masyarakat hentikanlah komen negatif anda mengenai usaha murni kerajaan ini untuk menangani wabak COVID-19 ini,"ujarnya.

Katanya, operasi  nyah cemar itu penting dilakukan bagi menjamin kebersihan di tempat-tempat awam dan meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap aspek kebersihan.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »