BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Tunjuk jari tengah, warga Perancis didenda RM500


KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Seorang warganegara Perancis yang merupakan penuntut di sebuah universiti didenda maksimum RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, kerana berkelakuan tidak senonoh dengan menunjukkan isyarat jari tengah, terhadap seorang anggota polis.

Majistret Aizat Abdul Rahim menjatuhkan hukuman itu ke atas Priscillia Miard, 31, selepas beliau mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa terhadapnya, dalam Bahasa Melayu.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara empat minggu, sekiranya gagal membayar denda itu. Tertuduh membayar denda.

Wanita itu melakukan kesalahan tersebut di Kaunter Aduan Balai Polis Travers di sini, pukul 12.30 tengah hari, 16 April lalu, mengikut  Seksyen 90 Akta Polis dan boleh dihukum di bawah seksyen sama, yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM500 atau hukuman penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya.

Berdasarkan fakta kes, kejadian itu berlaku semasa tertuduh datang ke balai polis berkenaan bagi mendapatkan surat kebenaran “cross state” untuk pulang ke kediamannya, di Langkawi.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Fatin Mohd Farid memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira perbuatan itu dibuat terhadap Polis Diraja Malaysia, manakala peguam Tan Kian Peng yang mewakili tertuduh merayu hukuman ringan kerana anak guamnya itu tidak bekerja, dan ini merupakan kesalahan pertamanya.
-- Bernama

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »