BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Tujuh lelaki ditahan main judi semasa PKP

ALOR SETAR, 13 April (Bernama) -- Tujuh individu yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan leka bermain judi ditahan di sebuah pondok di Kampung Batu Tiga, Kuala Ketil, Baling, semalam.

Ketua Polis Kedah Datuk Zainuddin Yaacob berkata kesemua lelaki berusia 27 hingga 60 tahun itu ditahan sepasukan polis yang membuat pemantauan pematuhan PKP di kampung berkenaan kira-kira 9 malam. 

"Kesemua suspek ditahan kerana melanggar PKP tanpa alasan kukuh. Kita juga merampas beberapa barangan yang digunakan untuk aktiviti perjudian termasuk wang tunai berjumlah RM105. Mereka ditahan reman empat hari sehingga 16 April.

“Kes disiasat di bawah Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, Seksyen 270 Kanun Keseksaan dan Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Zainuddin menasihatkan orang ramai untuk terus mematuhi PKP bagi memastikan rantaian COVID-19 dapat diputuskan dan tindakan tegas boleh dikenakan kepada mereka yang ingkar arahan tersebut.
-- Bernama
Gambar hiasan

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »