BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Topeng muka KN95 kurang

     

KUCHING: Sarawak mengalami kekurangan bekalan topeng muka KN95 untuk digunakan petugas barian hadapan di hospital.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Prof Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata, topeng berkenaan digunakan doktor dan jururawat yang berhadapan dengan pesakit positif Covid-19.

Beliau berkata, meskipun bekalan peralatan perlindungan diri (PPE) mencukupi untuk sebulan namun topeng KN95 masih berkurangan.

“Bekalan PPE ini cukup untuk satu bulan, tetapi peralatan seperti topeng muka KN95 ini masih kurang.

"Bekalan PPE kini masih mencukupi untuk tempoh satu bulan dan penggunaan PPE di Hospital Umum Sarawak (HUS) adalah 1,000 unit sehari," katanya di sini semalam.

Sim menyeru Kerajaan Persekutuan mengambil langkah segera membantu pihak hospital memenuhi keperluan peralataan perlindungan diri (PPE) ini.

Beliau menambah, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak jelasnya, telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan untuk membeli lagi PPE dari China dengan nilai RM7 juta dari Wilayah Shandong melalui Konsulat China di Kuching.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »