BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Tiong agih topeng muka kepada penghantar makanan di Bintulu

BINTULU: Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing mengagihkan 
topeng muka kepada lebih 20 penghantar makanan, Food Panda di sekitar Bintulu.

Beliau dalam catatan di facebooknya berkata,penghantar makanan tetap bekerja dengan meredah hujan dan panas serta terdedah kepada risiko jangkitan COVID-19 demi memastikan rakyat Malaysia tidak keluar rumah atau kelaparan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) ini.

"Dengan pemberian topeng muka percuma ini semoga dapat membantu memberi perlindungan kepada mereka.
"Penghantar makanan adalah wira negara sama seperti barisan hadapan yang lain, jagalah kesihatan anda!,"katanya.

Beliau turut menasihatkan penghantar makanan mengamalkan langkah-langkah pencegahan yang disarankan dengan mengamalkan jarak sosial dan memakai topeng muka mengikut keperluan.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »