BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Tingkatkan perkhidmatan perbankan di luar bandar Sarawak - Naroden

KUCHING: Menteri Muda Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian Dan Pembangunan Usahawan, Datuk Mohd Naroden Majais 
menyokong supaya perkhidmatan perbankan dipertingkatkan lagi di kawasan luar bandar di Sarawak.

Menurutnya,beliau menyokong seruan dan rayuan beberapa wakil rakyat terdiri daripada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mewakili kawasan luar bandar termasuk Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr James Jemut Masing yang turut mengutarakan perkara itu.

"Bank-bank tempatan di Sarawak sepatutnya mengesyorkan sokongan mereka kepada kerajaan negeri dengan membantu meningkatkan lagi perkhidmatan perbankan di kawasan luar bandar dan pedalaman.

"Sekurang-kurangnya perkhidmatan bank bergerak atau perkhidmatan mesin pengeluaran automatik(ATM) ditambah ataupun diperkenalkan terutama ke kawasan pedalaman,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,memang di pekan-pekan di beberapa daerah kebanyakan mereka sudah ada sebuah atau dua buah cawangan kecil bank tertentu.

 "Tapi dalam keadaan sekarang perkhidmatan mereka tidak dapat menampung keperluan rakyat,"ujarnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Gedong itu berkata,ini kerana rakyat yang tinggal di luar pekan daerah termasuk di kampung-kampung dalam daerah kecil dan luar daripada daerah kecil lebih banyak lagi daripada yang tinggal dalam pekan daerah mahupun dalam daerah kecil tertentu.  

"Jumlah penduduk di luar pekan-pekan daerah yang bekerja dalam ladang kelapa sawit sudah pastinya mencecah ribuan orang. Jumlah pekerja ladang di Sarawak tidak kurang daripada 300,000 orang . 

"Jumlah ini belum termasuk penduduk yang tidak bekerja dalam ladang-ladang tersebut . Majoriti pekerja ladang ini terdiri daripada pekerja asing dari negara jiran,maka sudah pasti mereka menggunakan perkhidmatan bank setiap urusan kewangan mereka,"katanya.

Beliau berkata, pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini keperluan berurusan melalui bank amat meningkat oleh penduduk tempatan . 

"Atas sebab itu perbarisan oleh orang ramai terlalu panjang dan masa menunggu terlalu lama. 

"Malah, di dalam bandar sekalipun, saya sendiri bersusun selama setengah jam untuk berurusan di ATM,"katanya.

Sehubungan itu,beliau meminta agar pihak bank tempatan, Kementerian Kewangan(MOF) dan Bank Negara Malaysia memikir cara untuk memberi perkhidmatan yang sedikit lebih selesa kepada penduduk luar bandar dan pedalaman.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »