BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Timbalan Ketua Menteri Sarawak kuarantin 14 hari


KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan diminta untuk kuarantin sendiri oleh Jabatan Kesihatan semalam.

Arahan ini selepas salah seorang ahli jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Samarahan yang hadir pada mesyuarat yang dipengerusikan oleh Tengah sebelum dua hari lepas, dilaporkan sah positif Covid-19. 

Jabatan Kesihatan turut mengarahkan semua yang terlibat termasuk ketua-ketua jabatan dan media dalam mesyuarat melakukan saringan segera.

Sementara itu Tengah dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh setiausaha akhbarnya memberitahu, beliau kini berada di rumah dan dalam keadaan baik.

“Saya baru sahaja bercakap dengan beliau di telefon dan beliau memaklumkan dia ‘ok’,” katanya.

Tengah turut meminta semua ahli jawatankuasa bekalan makanan yang hadir pada mesyuarat itu untuk kuarantin sendiri di rumah.

Ahli jawatankuasa terbabit hanya perlu menyeliakan tugas mereka melalui telefon bagi memastikan penduduk yang memerlukan khususnya di kawasan luar bandar mendapat bekalan.

“Tolong patuhi peraturan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jangan pandang ringan wabak Covid-19 ini. Semasa mesyuarat itu diadakan, saya berada di bilik mesyuarat yang lain dan tiada kontak langsung, namun saya bertindak kuarantin sendiri selama 14 hari demi keselamatan,” kata Tengah.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »