BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Tiga polis maut bertempur tentera


JAKARTA, 13 April (Bernama) -- Tiga anggota polis terbunuh dan dua lagi cedera dalam pertempuran dengan anggota tentera di wilayah paling timur di Papua,  kata jurucakap polis wilayah Ahmad Musthofa Kamal.

Kejadian berlaku di daerah Memberano Raya sehari yang lalu, lapor agensi berita Xinhua. 

"Tiga anggota polis maut dan dua yang lain cedera," katanya pada Isnin.

Pertembungan itu akibat selisih faham antara pegawai polis dan anggota tentera di daerah itu, katanya.

Satu pasukan penyiasatan bersama melibatkan anggota polis dan tentera dikerahkan ke lokasi kejadian bagi menyiasat punca di sebalik insiden itu.
-- Bernama

Gambar hiasan kredit m.detik.com

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »