BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Tiga lelaki ditangkap ingkar PKP di Bau

BAU:Tiga lelaki ditangkap kerana mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) berikutan penularan wabak COVID-19 pada masa ini.

Ketiga-tiga lelaki berusia 17 hingga 20 tahun berasal dari Bau itu ditahan dalam sekatan dan pemantauan PKP bertempat di jalan Pintas Jugan / Buso,  Siniawan, di sini, jam 7.05 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Bau, DSP Poge Nyaon berkata,pihaknya telah menahan sebuah kereta jenis Perodua Myvi warna perak dalam keadaan mencurigakan.

"Pemeriksaan terhadap pemandu mendapati pemandu gagal mengemukakan lesen memandu yang sah. 

"Pemeriksaan terhadap no pendaftaran Perodua Myvi warna perak tersebut menggunakan Sistem Mcad PDRM didapati tiada dilaporkan hilang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,amaran telah diberikan kepada ketiga-tiga suspek sebanyak tiga kali dan ketiga-tiga suspek telah mengemukakan alasan yang tidak munasabah dan telah ingkar arahan perintah kawalan pergerakan. 

"Ketiga-tiga suspek telah ditangkap kerana Menghalang Penjawat Awam Menjalankan Tugas di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaa dan Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan 2020)," tegasnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »