BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Tiada pilih kasih bantuan makan di parlimen Puncak Borneo

PUNCAK BORNEO : Tidak ada sikap pilih kasih dalam pengagihan bantuan makanan kepada masyarakat di kawasan parlimen Puncak Borneo seperti yang didakwa segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab.

Ahli Parlimennya Willie Mongin berkata, senarai muktamad mereka yang menerima bantuan diperoleh daripada ketua masyarakat.

"Tidak timbul soal pilih kasih dalam pengagihan bantuan ini,kita memohon kepada semua pihak supaya bekerjasama dalam perkara ini demi kepentingan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Timbalan Menteri Kedua Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu berkata,wakil pejabat parlimen Puncak Borneo akan menyerahkan sumbangan bantuan makanan itu kepada setiap kampung melalui ketua masyarakat atau wakil masing-masing.

"Setakat ini kita menerima senarai permohonan sumbangan berjumlah 12,267 di ketiga-tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Puncak Borneo meliputi Serembu, Mambong dan Tarat.

Beliau berkata,daripada jumlah itu sebanyak 4,001 bantuan bekalan makanan telah dihantar manakala baki 8,266 masih dalam proses dan akan dihantar dalam masa yang terdekat.

 



 

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »