BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Tiada Bazaar Ramadan, Tiada Bazaar Gawai

MIRI, Ahad: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Haji Zohari Tun Openg pagi ini mengumumkan bahawa Kerajaan Sarawak telah memutuskan tidak membenarkan Bazaar Ramadhan sebagai langkah beterusan untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

Beliau berkata bazaar Gawai yang dekat dengan musim puasa juga tidak dibenarkan supaya masyarakat terus selamat daripada COVID-19.

Beliau membuat pengumuman tersebut dalam suatu sidang media selepas melancarkan program khas penghantaran bekalan makanan ke kawasan pedalaman Sarawak bertempat di hangar BOMBA di sini. 
Kerajaan Sarawak menggunakan khidmat pesawat helikopter tentera dan BOMBA untuk menghantar bahan makanan ke kawasan yang terpencil khususnya di Bahagian Miri, Limbang dan Kapit untuk mempastikan masyarakat tidak terputus bekalan bahan makanan sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19. 

Sebagai menggantikan Bazaar Ramadhan Datuk Patinggi Abang Zohari mengesyorkan jualan-jualan sempena bulan puasa dilakukan menggunakan aplikasi-aplikasi dalam talian atau “e-Bazaar Ramadhan” sejajar dengan usaha kerajaan untuk memperkasakan penggunaan teknologi.

Namun, bagi mereka yang belum mahir dengan penggunaan teknologi untuk melakukan jualan dalam talian beliau mencadangkan mereka berhubung dengan pusat innovasi Tegas setempat atau Sarawak Multi-Media Authority (SMA) untuk mendapatkan tunjuk ajar.

Dalam lawatan yang singkat ke sini pagi tadi beliau sempat melawat sebuah lokasi sekatan jalan raya berdekatan untuk melihat keadaan semasa pematuhan PKP.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »