BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Tetak dan tolak dalam sungai


IPOH, 6 April (Bernama) -- Seorang nelayan warga asing ditahan kerana disyaki membunuh rakan sekerjanya di atas sebuah bot sebelum menolak mangsa ke dalam sungai di kawasan pelantar ikan di Bagan Parit 4, Sungai Sumun, Hilir Perak pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata suspek berusia lingkungan 40-an yang memegang sebilah parang menyerang mangsa, yang juga warga asing, dalam kejadian pada kira-kira 11.20 pagi.

"Mangsa dipercayai telah ditolak masuk ke sungai selepas ditetak oleh suspek dan kini mayat mangsa masih dikesan dengan bantuan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Hutan Melintang," menurutnya dalam kenyataan di sini malam ini.

Bagaimanapun, beliau berkata identiti mangsa belum dapat dikenal pasti dan pemeriksaan lanjut turut menemui tompokan darah, cebisan daging serta tulang di lokasi kejadian.

Mohd Marzukhi berkata susulan itu, suspek ditahan di sekitar kawasan berhampiran pada kira-kira 12 tengah hari dan polis akan mengemukakan permohonan reman ke atasnya esok.

"Motif kejadian masih disiasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

-- BERNAMA

 



Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »