BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Tersangkut sekatan jalan raya, ibu bersalin dalam kereta

 

TAWAU, 20 April (Bernama) -- Seorang wanita melalui pengalaman cemas apabila terpaksa melahirkan bayinya dalam kereta kerana tidak sempat sampai ke hospital akibat terperangkap dalam kesesakan jalan raya dalam perjalanan ke Hospital Tawau, Sabtu lepas. 

Dalam kejadian pada 9.30 pagi itu, Noziee Abdul Asa, 37, yang dalam perjalanan ke hospital bersama bapanya Abdul Asa Mohd Salleh, 65, dan anak sulungnya Aisha Maizela, 17, terperangkap lebih dua jam susulan dua sekatan jalan raya yang diadakan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di daerah itu.

Mencerita kejadian itu, Abdul Asa yang merupakan seorang pesara kerajaan berkata beliau menerima panggilan anaknya yang mengalami sakit hendak bersalin kira-kira 9.30 pagi sebelum mengambil Noziee dan Aisha di rumah Projek Perumahan Rakyat Miskin (PPRT) Baru 8 dan terus ke Hospital Tawau. 

"Dalam perjalanan terfikir mengenai kesesakan lalu lintas di Jalan Apas sebelum mencari jalan alternatif menggunakan laluan di Jalan Tiku sebelum sekali lagi terperangkap di sekatan Jalan Kuhara,” katanya. 

Mujur, sebuah ambulans (ada pesakit) melalui kawasan sama dan Aisha memaklumkan keadaan ibunya kepada kakitangan perubatan, yang kemudian mengarahkan saya memandu dan ikut di belakang ambulans, katanya.

Menurut Abdul Asa, Noziee selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.4 kilogram dalam kereta berhampiran pintu pagar Hospital Tawau.

Sementara itu, Noziee menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya memaklumkan ketika ini anak keempatnya itu dimasukkan ke wad lain kerana mengalami sedikit masalah pernafasan, namun mereka berdua dalam keadaan stabil.
- Bernama

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »