BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Tangkapan ingkar PKP di Sabah naik mendadak


TAWAU, 19 April (Bernama) -- Tangkapan individu ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meningkat mendadak di Sabah dalam tempoh lima hari fasa ketiga PKP, sekali gus menunjukkan masih ramai tidak mengambil serius arahan pihak berkuasa.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Zaini Jass berkata Sabah merekodkan tangkapan 525 individu sepanjang tempoh itu berbanding 282 tangkapan dalam tempoh dua minggu fasa kedua PKP.

Katanya dalam tempoh lima hari fasa ketiga PKP itu juga menyaksikan 143 kertas siasatan dibuka berbanding 163 sepanjang dua minggu fasa kedua PKP.

"Polis serius untuk menghentikan sebarang rantaian COVID-19, cukup masa untuk memberi nasihat dan semua penduduk sudah tahu mengenai PKP.

"Saya mengarahkan jika perlu mengeluarkan Black Maria, lakukan tangkapan kepada yang ingkar PKP, jumpa, tangkap," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau di sini, hari ini.
 
Setakat ini katanya, seramai 905 individu ditangkap sejak PKP dikuatkuasakan pada 18 Mac lepas.

Sementara itu, Zaini berkata pihaknya turut meningkatkan kawalan keselamatan di sempadan Indonesia dan Filipina bagi menghalang cubaan kemasukan warga asing ke negara ini.

Menurutnya, langkah itu diambil bagi mengelak berlakunya penularan COVID-19 di negara ini.
-- Bernama

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »