BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Tak sedar memandu lawan arus

BINTULU: Tidak sedar memandu melawan arus.Itu alasan yang diberikan seorang wanita yang ditahan pihak polis dalam sekatan jalan raya Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) di Jalan Tun Hussien, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Zulkipli Suhaili berkata,wanita tempatan berusia 46 tahun itu ditahan pada jam 10 malam kerana ingkar PKP.

"Dia yang memandu menuju ke pusat bandar memandu dengan melawan arus jalan,malah gagal memberi alasan munasabah berada di jalan pada waktu itu,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,wanita itu ditahan di bawah Peraturan 11(1) Peraturan- Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah- Langkah Dalam Kawasan Jangkitan) 2020 dan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan (KK) kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

"Wanita berkenaan kemudiannya dibawa ke Balai Polis Bintulu untuk siasatan lanjut,"ujarnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »