BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Syarikat pembaikan dan penghantaran air, elektrik dibenar operasi

KUCHING: Semua syarikat atau kontraktor yang menyediakan perkhidmatan pembaikan dan penghantaran bekalan air serta elektrik dibenarkan beroperasi di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, perkara ini dianggap sebagai perkhidmatan perlu dan pihak polis sertatentera tidak akan menghalang tugas-tugas yang akan dilaksanakan oleh kontraktor tersebut.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, Kerajaan Sarawak mengambil maklum akan arahan terbaharu dari Kerajaan Persekutuan berhubung beberapa sektor perniagaan yang dibenarkan beroperasi semasa tempoh PKP ini.

“Walau bagaimanapun, Sarawak akan mengkaji senarai tersebut dan akan membuat keputusan berdasarkan keperluan di Sarawak,” ujarnya.

Dalam pada itu katanya, keadaan 
keselamatan di Sarawak berada di dalam keadaan yang terkawal dengan kadar pematuhan PKP 97.2 peratus.

"Saya menyeru agar rakyat Sarawak terus mematuhi arahan yang telah dikeluarkan oleh  kerajaan demi mengekang penularan COVID-19 ini daripada terus merebak," katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »