BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Swasta Diseru Untuk Memohon Sanitasi

SARIKEI: Operasi sanitasi nyahkuman Covid-19 yang melibatkan pihak Bomba dan juga kakitangan Pejabat Agama Islam Sarikei telah dilakukan pada petang ini tadi.

Seramai 13 orang yang terlibat termasuk 5 orang anggota dan pegawai dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarikei dan juga 8 orang dari Pejabat Agama Islam Sarikei.

Menurut PPgB Mahmudin Bin Narudin, Ketua Balai Bomba Sarikei berkata operasi nyahcemar tersebut telah dilakukan di beberapa tempat awam dan juga pejabat-pejabat dalam Sarikei sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan di Sarikei.

Beliau turut menyeru kepada pihak swasta dan agensi-agensi lain yang ingin melakukan proses sanitasi penyemburan di tempat mereka boleh memohon melalui Pusat Operasi Bomba Zon Tengah yang berpusat di Sibu.

Untuk kawasan yang disahkan negatif Covid-19, proses sanitasi akan dilakukan oleh pihak Pihak Berkuasa Tempatan dan juga pihak Bomba Sarikei manakala untuk kawasan yang disahkan positif Covid-19 pula akan dilakukan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Sementara itu semua jadual sanitasi di Bahagian Sarikei disediakan oleh pihak Pihak Berkuasa Tempatan dan Bomba Sarikei dan akan diteruskan dari masa ke semasa dengan kerjasama Jawatankuasa Bencana Bahagian Sarikei dimana proses operasi sebelum ini melibatkan kawasan tandas awam, market dan juga pejabat-pejabat.

Operasi sanitasi nyahkuman diketuai oleh En. Mahmudin Bin Narudin, Ketua Balai Bomba Bahagian Sarikei manakala kakitangan dari Pejabat Agama Islam Sarikei diketuai oleh Ustaz Syed Hairul Salleh.

Kerja-kerja penyemburan sanitasi nyahkuman bermula pada jam 2.45 petang dan berakhir pada jam 3.30 petang yang melibatkan keseluruhan kawasan persekitaran luar dan dalam pejabat Agama Islam Cawangan Sarikei.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »