BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Stok kurang perlahankan agihan bantuan

JEMORENG: Kekurangan stok makanan memperlahankan proses penghantaran bantuan Sarawakku Sayang di kawasan DUN Jemoreng.

Agihan terkini di kawasan DUN berkenaan hanya melibatkan dua penempatan iaitu di Kampung Cina Kuala Matu seramai 48 KIR dan di Kampung Kuala Matu Hilir seramai 298 KIR dengan pengagihan telah dilaksanakan pada Jumaat lepas.

Untuk kawasan DUN berkenaan, hanya penduduk di kawasan pesisir sungai melibatkan 321 KIR dan Kampung Hulu Kuala Matu melibatkan 117 KIR belum menerima bantuan tersebut.

Masyarakat yang menerima bantuan ini amat positif dan rata-rata berterima kasih kepada Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Dr Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg.

Mereka turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada ADUN Jemoreng, Dato Juanda Jaya atas sumbangan berkenaan yang amat membantu setiap keluarga ketika tempoh PKP ini.

Fasa ke-2 bantuan itu akan menyusul bagi KIR yang tercicir.

Pihak JK Bencana Daerah Matu akan mendapatkan maklumat mengenai perkara tersebut melalui KMKK kawasan ini sekiranya terdapat KIR yang tercicir.

Terdahulu, agihan telah diadakan pada Rabu (8 April) melibatkan 1,683 KIR iaitu di:

1. Kg Bawang Hulu - 326 KIR
2. Kg Bawang Hilir - 82 KIR
3. Kg Sekaan Kecil - 92 KIR
4. Kg Berjaya - 45 KIR
5. Kg Tinak Tian - 146 KIR
6. Kg Dagang Sekaan - 44 KIR
7. Kg Bertong - 52 KIR
8. Kg Sejahtera - 25 KIR
9. Kg Padang Tian - 146 KIR
10. Kg Baru Tian - 125 KIR
11. Kg Masjid Tian - 155 KIR
12. Kg Kebuaw Tian - 197 KIR
13. Kg Tengah Tian - 248 KIR

Sumbangan diteruskan pada Khamis (9 April) dengan seramai 1,642 lagi KIR menerima bantuan tersebut iaitu dari:

1. Kg Jemoreng Hulu - 185
2. Kg Jemoreng Hilir - 171
3. Kg Sok - 62
4. Kg Halud - 56
5. Kg Pergau - 206
6. Kg Loba Balu - 122
7. Rh Gangga - 49
8. Kg Anyut - 12
9. Pasar Lama Matu - 28
10. Pasar Baru Matu - 27
11. Kg Pulau Igan - 116
12. Kg Sekerang Igan - 223
13. Kg Baru Dagang Igan - 127
14. Kg Tengah Igan - 134
15. Kg Baru Ismail Igan - 124

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »